Hamba Allah





Hamba Allah
Subhanallah, memang cantik, bacaan Asmaul Husna dibaca sebaik sahaja matahari muncul menampakkan cahayanya.
Waktu pagi di puncak gunung selepas melihat matahari terbit. Sangat sejuk.

Terdapat deretan kedai di tengah-tengah gunung dan harga barangan makanan dan minuman di situ sangat mahal, sebotol air mineral besar berharga LE 10.00 apatah lagi cenderahati melonjak hingga ke puluhan Junaih. Semakin tinggi gunung tersebut semakin mahal barangan, walaupun sejenis dengannya. Alhamdulillah makanan telah dibawa dari bawah memudahkan pendakian kami.

Pemandangan dari puncak gunung Sinai (Thursina), gunung yang hancur dalam peristiwa Nabi Musa A.S memohon ingin melihat wajah Allah Ta`ala, Nabi Musa A.S pengsan melihat gunung tersebut hancur di hadapan mata.

Sebuah patung Samiri yang telah dikisahkan didalam Al-quraan dibuat dan dibentuk oleh seorang pengikut Nabi Musa A.S yang ingkar kepada ajaran baginda. Pada waktu Nabi Musa A.S mendaki Gunung Thursina untuk bermunajat kepada Allah Ta`ala, Samiri telah mencipta patung ini dan pada ketika itu patung tersebut dapat mengeluarkan suara. bunyi itu telah dikeluarkan oleh seekor syaitan yang masuk ke dalamnya menyebabkan ramai keluar dari ajaran Nabi Musa A.S lalu menyembahnya. Mereka semua mendapat azab Allah Ta`ala dengan azab yang pedih kecuali sebahagian yang kembali bertaubat dan beriman.
Terdapat sebuah binaan yang terletak di kaki bukit berbentuk bulat adalah makam nabi



Hamba Allah




Hamba Allah





Hamba Allah