Ahli Bait Rasulullah S.A.W, anaknya adalah seorang Wali ketika masih kecil lagi. Seorang yang kasyaf (terang hatinya). Sebelum kami sampai beliau telah menunggu dan menyambut dengan gembira di pintu luar rumahnya. setelah bersalam dan berpelukan tanda ukhwah arab Mesir. kami dijemput untuk masuk ke dalam rumahnya, beliau menghidangkan kami 7 cawan teh yang masih panas membuatkan kami terfikir bila masa pula dia buat teh dalam masa yang singkat, seolah-olah dia tahu kami akan datang menziarahnya.. Sebelum pulang beliau menghadiahkan kami sebentuk cincin untuk setiap seorang. Sebuah hadiah yang paling berharga.
Gambar yang Zahir pegang itu adalah wajah anak syeikh tersebut yang mempunyai karomah semenjak baru lahir, beliau digelar oleh masyarakat Mesir sebagai Wali Kecil, semasa berumur 4 tahun beliau telah menghafal 30 juzuk Al`quraan. Beliau mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi dan ulamak sedunia pada usia 7 tahun kerana berjaya melepasi ujian hafazan Al`quraan. Dalam masa usia yang muda, beliau telah kembali ke rahmatullah. Antara kelebihan dan kemuliaan keturunan Nabi Muhammad S.A.W. Banyakkan selawat semoga kita tergolong kedalam golongan yang mendapat syafa`at di Akhirat kelak. Amin...