Hamba Allah
Kedai buah-buahan yang selalu Zahir kunjung. Terletak berhampiran rumah pelajar Johor lebih kurang 50 meter. Setiap buah-buahan di sini mempunyai harga yang istimewa berbanding di Malaysia. Selain harganya murah harganya turut boleh dirunding mengikut persetujuan pembeli dan penjual. Begitulah cara bermuamalah jual beli arab. Tetapi awas jangan sampai kena kelentong. Biasanya buah dijual mengikut musim. Lihatlah inilah yang dijual pada musim sejuk.






Inilah wajah peniaga yang tuan punya kedai, walaupun kerja biasa dan gaji tidak setaraf golongan eksekutif tapi mereka kesyukuran mereka melebihi orang yang bergaji besar. Pernah Zahir datang membeli mulut mereka sibuk berzikir menyebut nama Allah. Bukan wang yang diutamakan tetapi adalah keberkatan. Pakcik arab yang pakai seban tu namanya Abid bin Ahmad bin Muhammad. Anaknya adalah kawan arab Zahir yang paling rapat.



Pemuda arab Mesir ini bernama `isom. Anak saudara pakcik diatas. Best bila berbual dengan mereka, banyak perkataan baru dapat dipelajari. Teringat masa mula-mula berkenalan, mereka ajarkan setiap nama-nama buah yang terdapat dalam kedai tu. Ada juga pertambahan bahasa. Pisang tu diimport dari filiphina harganya LE3.50 sekilo bersamaan RM2.00, murahkan!

Sebenarnya penceritaan diatas adalah intro kepada cerita ini. Nama remaja arab sebelah Zahir ialah Muhammad bin Abid bin Ahmad bin Muhammad, berumur 18 tahun. Dialah anak kepada pakcik yang berserban tu. Anak saudara kepada pemuda tersebut. Dengan sebab berkawan dengan dialah Zahir dapat berkawan seluruh keluarganya. Kesemua yang berniaga di kedai tu adalah ahli keluarga dan saudara mara. Biasanya bila berbual semua sekali duduk sama. Macam sebuah keluarga besar. Pernah dia bagi buah-buahan percuma. Itulah kelebihan orang arab, bila bersahaba hubungannya selama-lamanya. Kata dia nak ziarah Malaysia dengan Zahir, kita tunggu...
0 Responses